Wednesday, December 29, 2010

ha? kena culik?

baru sehari buat status away dekat FB, dah online balik. apadaaa
bebudak zaman sekarang kalau takde internet mati gamaknye.
ohoi! saya tengah bercuti sekarang.
korang mesti nak tahu kan katne?
kalau Hanis Zalikha pergi Europe, i pergi Perlis je.
hanis takpe banyak duit oh!
act, saya teman kakak balik Perlis.
lepak sini, shoot gambar skit.
tenangkan fikiran annnndddddddddddd..........
pergi sungai petani! yey!
rindu IPSAH sudah. blum fly lagi tuh da rindu. mcmana?
ipsah tu stand for institut pendidikan guru kampus sultan abdul halim.
tempat i bersuka ria ye!
korang korang korang jaga diri ye? jumpa lagi.
nanti i upload pixca baju baby i beli. oho. dah ada anak ke?
jeng jeng jeng... see ya!

Monday, December 27, 2010

ini art kawan!


yeah, saya sudah tukar course. 
dari english pegi psv. hebat x?
haha.. im in love with arts now!
*keje mengisi masa lapang

Sunday, December 26, 2010

cita cita

Assalamualaikum.
hai semua. hari ni gedik nak cerita pasal cita-cita i dari i kecik sampai la ni.
dulu kala kalau cikgu tanya nak jadi apa nanti besar, cakap peguam.
mati mati nak jadi peguam.
tak tahu lah kenapa minat sangat ngan law. minat gila la konon.
masuk skolah menengah belajar sejarah dah start meluntur dah minat nak jadi peguam.
tak istiqamah betul.
bila mama sambung blaja dan dia graduate TESL di UPM, saya cakap mama saya nak jadi macam dia.
nak jadi cikgu bahasa inggeris.
ah nak jadi macam mama. mama inspirasi ah.
agak-agak dua tahun lepas tu cita-cita makin meluntur pulak lepas pakai braces.
dah tukar ambition. katanya nak jadi doktor gigi.
ya, nak jadi doktor gigi!
sampai saya masuk matrik, saya nak jadi doktor. nak nak nak
papa ngan mama suruh apply maktab saya tak nak.
tapi, tak nak kecilkan hati diorang, saya apply.
masuk matrik, blaja mcm gila. gila gila gila.
stress je. tak sukalah! tapi macam mana nak jadi doktor gigi kalau malas?
oh, saya tak suka pressure!
bila dapat offer dari maktab, saya terus tinggalkan impian nak jadi doktor gigi.
beralih pula pada cikgu bahasa inggeris.
sekarang, saya sudah separuh jalan untuk menjadi seorang guru. aiseh! teacher :)
walaupun tak dapat jadi doktor, saya dapat peluang belajar di negara orang.
dan saya akan cuba sedaya upaya untuk majukan bangsa Malaysia.
go teacher ah go!
kalau tak dapat jadi doktor gigi pun tak apalah, doktor falsafah pun boleh juga.
Dr. Wan Nurul Najihah binti Ab Rahman. 
amin!

Saturday, December 25, 2010

contest aku dan kaca mata

ini adalah contest aku dan kacamata oleh mohdsyafiqrosli. kalau ampa nak join, klik je kat nama tu :)

saya tag:
amamiya
tg aten

merry xmas!


selamat hari natal kepada semua penganut agama Kristian. 
juju, wen ai, jiexi, wan yuan, vincent:
HAVE A BLAST!

*sila nyanyi lagu di bawah dalam mengikut melodi lagu raya :)

selamat hari natal
aku ucapkan kepada semua
mintak santa hadiah satu
aku mau hadiah banyak macam selalu.

this is a way to kill your boredom





















p/s: jangan tiru gaya ini di rumah. :)

Friday, December 24, 2010

tips untuk memikat pasangan anda!

peeps! jumpa lagi. well today i nak jadi doktor cinta. ewah!
baiklah tuan-tuan dan puan-puan kakak-kakak dan abang-abang, di entry ni saya akan memberi tips untuk 
 cara memikat pasangan and sewaktu makan bersama
dan mungkin entry ini lebih ditujukan kepada golongan wanita. tapi, lelaki pun boleh baca. no hal lah. :)
setuju tak wahai kaum adam kalau saya kata anda akan cari pasangan hidup yang bersifat 'keibuan'?
setuju tak? kalau setuju angkat tangan. angkat tinggi tinggi cikgu tak nampak. bagus!
so, wahai wanita sekalian.. anda boleh 'mempamerkan' sifat keibuan anda sewaktu makan bersama ehem-ehem pasangan anda. anda boleh cuba tips saya dan untuk kaum adam, anda boleh guna tips ni untuk 'test' awek/girlfriend/makwe/cikaro anda samada diorang memiliki sifat keibuan atau tidak. ecehh.

situasi ni saya rasa biasalah dalam kalangan orang bercinta. sebulan sekali tu, bila time dapat duit gaji ke, elaun ke, claim ke, hutang ke..korang mesti nak makan sedap-sedap kan? nak makan lauk banyak-banyak. selalu makan nasi goreng kampung, telur mata, air suam. dah.  sekali  sekala nak jugak makan macam ni kan?

  telur dadar
 ikan tiga rasa

tomyam campur

so, wahai wanita sekalian.. time makan macam ni la anda tunjukkan betapa prihatinnya anda terhadap pasangan masing2.

tips 1: ingatkan pasangan baca doa makan. 
(tak semestinya korang makan lauk banyak lagu ni baru nak ingatkan. makan lah apa-apa pun, banyak mana pun, slalulah ingatkan kaum adam ni untuk baca doa dulu)
ex: makanan dah sampai, baca doa dulu sayang. 

tips 2: 'cedok'/sudu/senduk/etc semua jenis lauk ke dalam pinggan pasangan
(korang ambiklah telur dadar sikit, ikan tiga rasa sikit, tomyam campur sikit, letak dalam pinggan pasangan korang. *jangan biarkan pasangan anda senduk lauk sendiri. kalau diorang senduk tomyam dulu contohnya sebab diorang lapar gila nak mati, korang letaklah lauk lain, ikan ke ape ke)
ex: cukup x tomyam ni sayang? nak lagi tak?

tips 3: selalu perhatikan lauk pauk pasangan anda
(korang jangan pulak tengok dia makan macam tak puas hati je sebab diorang dapat udang lagi beso, jeling jeling la sikit. kalau telur dah habis, tambah la dalam pinggan diorang. tapi, jangan lupa.. tanya dulu ok?)
*jangan makan sampai tak hengat dunia. sopan la sikit kawan. :)
ex: awak nak telur lagi? 
saya letak ayam sikit ya?
sayur nak lagi tak? sedap kan?

tips 4: kalau diorang tersedak, cepat2 hulur air. be alert!
(always standby dengan air kosong. kalau mintak air manis2, mintaklah satu air suam. in case pasangan anda tersedak ke, melolong kepedasan ke, anda bagi diorang minum air suam).
*air suam pun free je, kalau kena bayar pun 20 sen jek!
*bila diorang tersedak, jangan dok main2 pulak. contohnya, 'eh, tersedak ni awek mana la sebut ni?'

tips 5: be clean!
(agak agak pasangan korang makan tumpah bertaburan, ambil tisu dan lap la makanan tu.
tapi bila pasangan anda tengah syok melantak, jangan kacau. bagi dia habis makan dulu. dah habis makan susun la sikit pinggan tu dan lap la makanan tumpah tersebut).
buang la sikap tak kesah contohnya:
'alah waiter ada, kerja diorang la lap2 semua ni. takkan makan gaji buta kot?
*jangan lupa juga untuk hulur tisu kepada pasangan anda.

tips 5: belanja lah pasangan anda 
(tang ni kalau anda ada rezeki lebih ke, duit lebih ke.. belanja lah pasangan anda. jangan kedekut nak keluarkan duit. Insyaallah kalau anda belanja, rezeki makin murah. korang pun mesti janji  sweet2 dengan pasangan korang kan? katanya hidup susah senang kita bersama. cewah! so, kadang2 keluarkanlah duit korang. even pasangan korang tu dah kaya raya. tunjuklah bahawa korang ambil berat. 
jangan pulak selalu buat alasan: "saya ni belajar lagi, awak dah kerja. so, awaklah belanja!"
dan kaum adam, jangan pulak ambil kesempatan kalau aweks anda belanja. dah aweks blanja sekali nak lagi pulak lepas tu. kalau macam ni bukan makin intim, awek korang cabut nanti!

p/s: tak semestinya kalau makan lauk pauk multiple baru nak apply tips tips ni. kalau makan yang simple-simple pun anda boleh apply yang mana patut. :)

selamat mencuba dan anda akan mendapat feedback yang baik daripada pasangan anda. tapi jangan la apply sekali je, be consistent. Insyaallah sampai anda kahwin nanti.

* tips tips ini adalah original dari saya. berkongsi dari hati dan pengalaman sendiri. :)



Thursday, December 23, 2010

tooki saya minat doktor?omg!

people. feeling good? not well? hope you guys are fine.
well, malam ni nak cerita tentang atuk kita a.k.a tooki.
kenapa tooki? sakit? tak argh,sihat semata-mata.
tooki minat doktor? nak kawin lain ke?
ha... nak tahu baca ni.

T = Tooki
A =Ah
conversation between me and tooki thru henpon:
T: Assalamualaikum!
A: Wassalam.
T: Ah ada kat mana?
A: dalam kereta, tengah drive
T: nak pegi mana?
A: kedai
T: beli apa?
A: meggi. heeeeeeee..........
T: heeeeeeeeeee.............. (tooki pun pandai)
A: kenapa tooki call?
T: pagi esok boleh datang rumah?
A: pagi esok nak pegi hospital. appoinment mama. nape la?
T: takpelah, nanti free lah datang.
A: la, kenapa? cakaplah...
T: macam ni, tooki ada baca pasal satu mesin treatment ni..tooki rasa nak beli. tapi, tak tahu harga.
    Tooki ingat nak suruh ah bawak komputer datang rumah. nak check internet ataupun nak suruh ah kol
    dia. tooki kol pun tak paham jugak. pastu wan tu kan sakit bla bla bla bla bla.............
A: oo ea? ok, ah ada depan gate ni. bukak lah pintu.
T: ha? bawak ke komputer nye?
A: tak payah. bagi je keratan paper tu nanti ah search internet malam ni. esok ah bagitau. ok?
T: ha... ok ok, tunggu kejap tooki bukak gate..

sambung dalam rumah pulak:

T: tooki bukan apa..dah tua tua ni duit simpan nak buat apa. Mekah dah pergi banyak kali.
A: yelah, guna bila sakit la kan? *tak pun sedekah kat ah :) (dialog dalam hati je!)
T: yelah, wan tu pun sakit lutut, tooki ni overweight.
    Itu pun nasib baiklah panjang umur lagi....
A: alhamdulillah..
T: tolong eh kol. ah pun tahu wan sakit apa. cerita la kat diorang ape pun ok?
A: okeh bos. malam ni ah check esok ah roger.
T: bereh!

korang mesti nak tahu dia nak mesin apa kan? kan? kan? haa...scroll la nak tengok!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

TARAAAA! 
Dr Jism by AlJabbar Group



p/s: menabung la dari sekarang untuk hari tua yang terjamin :)

Wednesday, December 22, 2010

kuku kaki kakakku

okeh nampak x gambar apa tu murid murid? itu kuku kita. kuku ya.
hari ni cikgu nak bebel cerita pasal kuku ni sikit.
mentang mentang la kan baru lepas potong kuku. ha, amek kau. dah membebel pasal kuku kat sini.
sorry to say la i memang very2 hygiene pasal kuku ni. oh tak boleh panjang panjang. rimas!
mula la tak selera nak makan, malas nak menulis, malas nak kemas rumah. rajin malas online. wth.
ingat masa sekolah dulu, sekolah rendah especially.. cikgu suka check kuku kan? kan? kan? korang pun sama. jangan tipu! tipu dosa mama kata.
bagus betul cikgu buat spotcheck dulu. sebab sampai sekarang kuku saya pendek. ta pernah panjang. 
and i was recalling a hadith i read somewhere but i couldnt extract the exact words la.
hadis tu lebih kurang macam ni la:
"jikalau seseorang ibu itu berkuku panjang, maka bodohlah anak-anaknya selamanya"
maksudnya, kalau mak budak tu kuku panjang, suka masak pulak, masak sedap lagik, anak makan bagai .. maka bodohlah anak-anaknya nanti. tak semestinya bodoh dalam pelajaran. mungkin jahil akidahnya?
so, sini i nak share ngan u ols cara potong kuku ikut sunnnah nabi.
kalau ikut dapat pahala extra :)

 tak tercapai dek akal cemana dia makan nasi. patuk macam ayam kah?

tembak lagi!









hoyeh people! ini kerja i cuti cuti Malaysia ni. kerja apa? menembak gambar la. 
sungguhpun skill baru 5%, tapi takpelah. try and error tu penting kan? 
ni gambar model agensi  kutip dari ladang  rumah.
f.o.c ye kawan. mesti lah free of charge sebab dia kakak i meh!
location of the photoshoot: Bukit Keluang Beach
clothes: well sponsored by Miss Gudibam. ehemm.. from top to bottom u noe.
well, u are welcome to comment those pictures taken.
*jangan malu malu jangan segan segan
i need ur critics and comments so that i can develop better in the future.
kalau korang nak jadi model i yang bayar  free pun boleh. calling calling la i :)

* alah i tau la dia lagi kecik n cantik dari i. 

kamu kamu kamu saya rindu!

blog suci murni. putih aje. sakit mata saya. anda? takpelah, sakejap je. sy tgh blog walking, usha2 blog orang. baca2 post orang taklah cramp sangat otak ni?
ok, tahun baru dah dekat. another nine days to go. apa plan korang? me? oh yeah i got some. maybe tahun ni sambut new year di perlis.*even tak pernah sambut dr dulu lagi. n im hoping to go down to SP, mengusha maktab tercinta. eh belum pergi NZ dah rindu? pengkuan terhebat, saya rindu IPSAH. seriously! miss the moment cuci baju sendiri, jemur and then baju jatuh pastu cuci lagi pastu jatuh pastu cuci lagi pastu buang je baju tu. boleh tak? buang je sebab fed up sabun kena curi ngan mak cik cleaner. hangin!
rindu moment nak kejar2 bas pegi town, jalan kaki dari stesen bas ke CS. oh, saya rindu SP.
saya jugak rindu mak cik kat depan tu. mak cik jual kuih tu kan. alaaa.. yang tu.. ingat kan? ha.. mak cik tu bespren i u noe. haha. kalau beli kuih time isnin ngan khamis mesti dia tanya. . "hari ni puasa ke?", "puasa mak cik", "alhamdulillah..bagusnya. untuk mak kamu". rindu mak cik!
rindujugaknakgaduhdenganguardkatdepanyangmentalsemuanya. mental. yes!
also miss those moments dengan ahli kelas fotografi. kamu kamu kamu saya ingat sampai bila bila sebab bagi saya knowledge about cameras. all about dslr. *dadu,abg pamee,kak zie, abg hafiz,abg khairul,cz, etc..

nak upload some photos tapi laptop out of service. sigh!
mayb midnite i update lagi. c ya!

sori kawan!

this 'belog' eja HNSZLKH is under construction. heh. no idea about the templates. constructing constructing.. any idea?

Tuesday, December 21, 2010

bidadari cinta


nak kongsi cerita cinta dengan kamu kamu kamu semua. :)
hope u guys enjoy!

satu hari tu, i pegi makan. then, sebelah meja i ada satu couple ni. ya, sepasang.


situasi 1:

L: lambatlah, jom balik! (muka macam bangkai dah)

P: sabarlah. kejap je.. dah nak masak tu. orang ramai ni sayang...

L: hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm....

P: awak tau tak, masa saya kecik dulu kan bla bla bla bla.....(untuk cool kan si bf)

L: *ketawa berdekah2. (terus x jadi nak marah)..


situasi 2:

P: kenapa sayang muka awak lain macam je?

L: cuba awak rasa air ni.isk!

P: glup.glup.glup .. kenapa? biasa je?

L: rasa sabun lah!

P: ye ke? glup.glup.glup.. aah la. rasa sikit.

L:*muka merah tahap dewa.

P: cuba awak rasa air saya. sedap! nah...

L: kenapa air awak ok? padahal sama je. lainnya awak ada ais saya takde.

P: takpelah, minum ni. x payah minum air tu ok? bagi saya minum yang tu (sambil minom air

sabun tersebut).


situasi 3:

L: nasi apa ni..................... tawar lah!

P: ye ke? mai sini nak try.

L: tawar kan?

P: sikit la... cuba rasa nasi goreng patayya saya. sedap sayang.

L: tak mau lah! takpelah, saya makan ni.

P: kejap ye.. *berlari2 ke dapur mintak cili potong. Awak suka ni kan?

L: ha, baru boleh cover tawar tu.


sweet kan si girl ni. macam2 dia buat nak sejukkan hati si laki tu. kalau i, heaven ade gf mcm tu. pandai jaga hati. tetiba teringat aksi mak cik marah husband dia depan orang ramai. mengaibkan! jatuh maruah suami dia. kesian!


Monday, December 20, 2010

sebab tudung murah ke?

i do love 'gadis bertudung'. eh, bukan les ok?
suka sangat tengok fesyen skarang ni. meletop!
belit sana lilit sini pin sana pin sini. cantik sangat!
kalau klik kat youtube 'hijab tutorial'.. oh, byk!!
kat tv pon ramai artis bertudung.
cantik cantik semua.
satu evolusi yang sangat sihat sedangkan di barat Muslim dilabelkan ganas.
tapi, ada yang pakai tudung semata2 untuk fesyen. oh!
tak salah berfesyen, tapi kena ikut ajaran agama kan?
ada yang pakai tudung bagai tapi leher nampak. cemana?
macam tak ikhlas je..
terpulanglah nawaitu masing2.

Sunday, December 19, 2010

soulsick!

i bosan. i takde keje. ini mmg hukum karma pelajar ye.
kat maktab gila menggelupur nak balik. homesick katenye.
dah kat rumah. soulsick pulak.
macam ni la rasenye jadi penganggur mungkin?
oh, tak mau den!
pagi2 bangun subuh 630am.
tido balik 7am.
bangun balik 9/10/11am
buat kerja sikit2 (masak2 etc) sampai 3pm
tido sampai 6pm.
tgk tv sikit sampai 7pm
smayang dan bla bla bla bla until 11pm
tido balik sampai x hengat dunia.
oh, sangat produktif cuti ni. :0
----------------------------------------------------------------------------------------------
saya jugak tidak mahu jadi desperate housewife nanti. tambah2 bila still x de anak.
kalau ada anak boleh la tahan yek. ada jugak kawan.
konklusinya, jadilah wanita bekerjaya yang tak lupa rumahtangga. :)
*tiba-tiba bersyukur gila nak jadi cikgu.

Saturday, December 18, 2010

muggle born atau pure blood?



kalau anda pembaca /penonton/pengikut setia siri Harry Potter, you must be very familiar with these terms kan? memandangkan skarang saya tgh 'memulun' revise Harry Potter and The Deathly Hallows, lepas baca tu agak berkhayal la.
kalau dalam siri ni, muggle born dikatakan ahli sihir yang berdarah separa sihir contohnya Hermione Granger.
si cantik manis ni dipanggil muggle kerana both parents dia adalah muggle a.k.a manusia biasa yang tiada kemahiran magik. gitu! dan muggle born ditindas sekeras2nya oleh Lord Voldemort dalam siri akhir HP.

yang pure blood pulak cemana? ha yang pure blood
tu mcm Ronald Weasley, si Ron tu lah.

both of his parents are wizards.

so, terfikir jugak kalau bukan dalam dunia magik means dunia kita, muggle born ngan pure blood ni mcmana nak differentiate eh?

ini konklusi yang gue sempat pikiaq.
kalau muggle born, macam saya. hah, macamana?

Nama saya Wan Nurul Najihah binti Ab Rahman
Papa saya Ab Rahman bin Sardar
Mama saya Engku Naimah binti Engku Taib.
*saya ialah muggle born kerana papa berketurunan biasa dan mama mempunyai keturunan yang sedikit luar biasa pada namanya.
so, saya tidak dapat meng'inherit'kan keturunan mama atas dasar nama sahaja.

contoh pure blood pulak macam cousins saya:
Engku Affandi Naim+Engku Rozidah=Engku Ahmad Aizzat.
so, if Aizzat married dengan muggle born pun doesnt matter sebab dia lelaki and anak dia still boleh letak that title in front.
if if the girls of pure blood married with muggle born then the title will be vanished.
contoh terbaik ialah saya :)

-->dulu soal status ni jadi isu. enggang sama enggang pipit sama pipit (hentam mak!) katakan.
macam cerita Antara Dua Darjat tu la. tapi, sebenarnya nothing matters. cuma nama sahaja
berbeza. yang penting hati itu ada cinta. tak gitu mama papa?

sekian sahaja teori karut marut cik ah. reading for pleasure ya readers!

Wednesday, December 15, 2010

kamu kamu kamu saya sayang!

today is the most memorable day happened during this summer eh..... tengkujuh season.
guess what people?
i met my long long long long long long long long *memang long lost friends! * epa dan aten. not excluded my short short short short short lost friend: egie amni izat.
i was so happy, excited, thrill and impatient to meet these lovely girls. owh depa sungguh manis ceq habaq ampa. *manis leting!
act, today's plan is adhoc.
my plan tu nak meet up maybe next week but unfortunately aten has to leave early to UTHM. bon voyage my dear!
so, seperti yang dinyatakan dalam misi dan visi cuti ni iaitu reunite ngan long lost friends.. i am so grateful because it did work! *toche2 untuk semua yang terlibat. cewah!
biasalah kan nyah cuti cuti macam ni memanglah bangun lewat sikit. sikit je.
nak panjangkan cerita, janji dengan egie pukul 9. saya punya respect egie sanggup mintak cuti sbb nak teman saya ke KB n jumpa dengan sahabat-sahabat karib kami. cewah!
sebelum tido dah select bagai baju nak pakai. try ikat2 belit2 putaq2 selendang. dan akhirnya, jam 3 pagi saya tidoq. 3 pagi oh!
dan padahnya, bangun pukul 945 pagi. oh gosh! terus text egie, mandi, siap,cabut!
the journey is ok, fine n we arrived there about 12pm la. tunggu aten!

egie: ah, aten! baju kurung beb!
ah: tutup muka tutup cepat, buat tak tahu!
aten: egie, ah!
haha, sori aten jangan terasa meh! gurau memanyak ngan u. u comel!
peluk peluk peluk peluk peluk macam 14 tahun tak jumpa.
makan secret recipe, borak x hengat dunia, gossip tak ingat neraka. oh, sungguh heaven dunia!
n not to forget i got a very precious gift from both egie n aten. tq shayangs! (sorry gift cannot be displayed yet until i wear it). :)
n then we moved on to epa's office at Kubang Kerian. harini last day epa praktikal n i was so shocked to see her practising the 'YT Fashion'. haha epa, kalau ah dah lama cabut! n kami borak borak borak lagik sampai bukak meja bulat. everybody is introducing their soulmates xcept aten. still searching meh!
sangat best sangat enjoy n we did recall our memories! touched~

n this post is specially created to the three of them. cik ah nak recall sikit ampa bertiga time2 kita kenal dulu. lets compare them! (mcm game pulak!)

aten:
school years:
  1. comel. adorable
  2. her voice is so so so so so sweet! suka bangat mak!
  3. gelak bagai even certain things not so funny. kito semuo dok gelok pasai dio semangat gelok!
  4. so warm n friendly.
  5. dia cepat excited dengan something.
  6. i love to see her respond in something. so quick n funny sometimes.
  7. fesyen: baju skolah mcm biasa la no. tapi she's quite clumsy in fesyen yet still gorges!
nowadays:
  1. makin comel dan makin adorable. ramai peminat oh!
  2. suara never change. aten, seriously ah suka suara aten!
  3. still lagi suka gelak. gelak. gelak dan gelak. now gigi dia cantik! berbesi meh! *junior saya tang gigi tu.
  4. a lil bit chubby tapi still, comel!
  5. masih perangai yang sama, cepat excited! *that's y i love to talk to u
  6. respond: matured. *membina dari pengalaman kan?
  7. fesyen: roxy. baju kurung+shawl+sneekers=stylo!
moment yang paling saya ingat tentang aten bila the last day saya kat YT Besut. i still still remember dia baru bangun tido, saya cross the room, dia nampak, dia datang dorm. n i still remember what she questioned me: "ah, budak ni kata ah nak pindah sekolah betul ke?" -----n both of us burst into tears! i love u Tengku Aten. :)
egie:
school days:
  1. double t : tall n thin
  2. manja
  3. hardworking. yes she is!
  4. suka tido meh!
  5. penakut *we share the same characteristic actually ^_*
  6. left handed girl * bukan man kidal weh!
  7. love drawing im sure :)
  8. she is truly my sister!
nowadays:
  1. still double t :)
  2. manja manja manja manja lagih!
  3. ya, dia memang rajin! bekerja sampai keding mak. makan banyak sikit ceq oi!
  4. mungkin dia dah jarang tido sebab dia budak architecture, dia hebat!
  5. dia kata dia tak takut dah. wa, sudah beranjak paradigmanya. bagus! *now im the one still still still penakut. hampeh!
  6. orang kidal normally smart n yes she is the one. :)
  7. sebab tu la dia jadi architect. suka drawing
  8. forever will be my sister.
the best moment with her bila jalan kaki balik prep, payung egie pegang terbang melayang2.*nasib baik dia tak terbang kau! masa tu hujan renyai2, budak laki macam monyet jerit2. saya tarik dia nak balik dorm, dia still nak selamatkan payung kesayangan dia tuh. sampai dorm kami gelak nak mati! oh, those were the days! i love u Ezyan Amni!
epa:
school years:
  1. gedebe (otai)
  2. caring
  3. rambut lawa beb!
  4. si murai *cakap banyak.
  5. agak blues n censored. haha!
  6. independent
  7. sweet!
  8. perasan gemuk!
nowadays:
  1. ayu meh! tak gedebe macam dulu. not so gedebe la tapi nakal. :)
  2. udah lama eden tak rase sentuhan magika epa. dulu dia urut kepala saya.
  3. not sure the latest style. i think still lovely!
  4. cakap bagai nak rak! suka la awak cakap banyak. havoc!
  5. tetttttt! no komen sebab topic hari ni kita cakap ialah kawen. so masih blues kah?
  6. best characteristic in epa. although she is the only daughter in the family, she rocks!
  7. manyak sweet! dats y ada boipren. macho + hensem lagik. jago baik2 noh!
  8. masih masih masih dan masih perasan gemuk walhal tak pun.
moment yang paling best ngan epa bila epa sikat rambut ah whenever ah g dorm epa. so lovely! n not to forget kita penah tido skali kan? ah overnite dorm epa. hengat x? peluk peluk mucuk saya nih! i love u Fatin Aifaa!
dan kamu bertiga, jangan lupa saya. even saya jauh di mata, di hati tetap ada. not to worry i wont forget u. remember in heart, always keep in touch!
i do love n miss all of u. yes i do!

Monday, December 13, 2010

kelumpo

my soulmate!
u agak2 i kurus ke sekarang? kurus kan kan kan? oh! jangan percaya! itu trick gambar sahaja. puas tarik nafas sambil snap. biru kelu muka.
amboi main petik2 bintang. ingat lagu sheila on 7 : ku petik bintang.. untuk kau simpan.. cahayanya terang, berikan kau perlindungan.. nah! sape2 nak protection, sila petik bintang mcm ni.
curik2 shoot rumah si Mona Fendi. takut nyah rumah dia. amek gambar pun sambil2 keta gerak.rasa macam wartawan Melodi pulak. kalau tak mampus kena tangkap ngan jiran2 dia. diorang memang x suka orang datang buat kacau di rumah ni. menurut sumber terdekat, kalau dok kacau, malam2 depa pulak sengsara kena kacau. so, tengok ajelah. besar gile rumah dia. sayang betul! rumors jugak kata dia ada anak. ada ke? kenapa x reveal eh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...